Tuesday, December 20, 2011

KEMAHIRAN MANIPULATIF TAMBAHAN 2

Pengenalan
Dalam subjek ini, para pelajar akan didedahkan dengan 2 sub-topik di mana merangkumi nota dalam bab alatan tangan dalam amali pertukangan.

Sub-Topik
Bahagian 1 - Alatan Menukul
Bahagian 2 - Alatan Memutar

Objektif
Mendedahkan kepada para pelajar teknik penggunaan alatan dengan betul
Melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran pertukangan.
Membanding beza jenis-jenis alatan.


Friday, December 16, 2011

Slide shared (KMT 2)

~Presentation slide untuk  nota alatan tangan menukul dan memutar dalam kerja amali pertukangan~

Nota Lengkap KH Tingkatan 2


KESELAMATAN BENGKEL

Sumber-Sumber Berlaku Kemalangan


  • Kecuaian
  • Jahil
  • Tidak mengikut peraturan
  • Kerosakan mekanikal (diluar kawalan manusia)
  • Fenomena alam
  • Kecacatan fizikal

Keselamatan Umum / Am Untuk Semua Bengkel
(Perkara-perkara yang menyebabkan kemalangan)
  1. Mengambil risiko
  2. Terlampau terburu-buru mengambil sesuatu tindakan
  3. Menunjuk-nunjuk
  4. Kurang maklumat
  5. Tidak menumpukan perhatian sepenuhnya pada kerja
  6. Gangguan luar atau sebarang gangguan
  7. Bimbang
  8. Mencuba-cuba
  9. Gagal mengikut arahan
  10. Kurang berdisiplin
  11. Mesin yang rosak (tidak sempurna)
  12. Mesin yang tidak dilindungi dengan sempurna
  13. Susunan / susunatur yang tidak sesuai
  14. Pemasangan yang salah
  15. Kecacatan fizikal mesin
  16. Mementingkan diri sendiri
  17. Pakaian yang tidak sesuai
  18. Kesihatan yang tidak memuaskan

Cadangan Untuk Diamalkan di Sekolah-Sekolah
(Keselamatan Am)
  1. Tidak dibenarkan bermain-main.
  2. Jangan ambil risiko.
  3. Ikut semua arahan keselamatan.
  4. Pemadam api, dimana dipaparkan kaedah penggunaannya.
  5. Sistem pengaliran udara berfungsi (1/4 luas lantai)
  6. Laporkan kepada guru jika berlaku kemalangan.
  7. Dapatkan kebenaran guru untuk melakukan kerja projek.
  8. Kebersihan peralatan dijaga.
  9. Peraturan keselamatan dipatuhi
  10. Dapatkan rawatan lanjut sekiranya kecederaan serius.

PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN KESELAMATAN BENGKEL

Jenis-jenis Pemeriksaan
  1. Berkala (Periodic), seeprti sebulan sekali.
  2. Kerap (Intermitence), tetapi masa tidak menentu.
  3. Selang tak menentu (Irregular Interval), ikut keperluan semasa.
  4. Pemeriksaan Khusus (Special Inspection), seperti pemasangan peralatan baru.
Prosedur Pemeriksaan
  1. Kenal pasti kemungkinan-kemungkinan berlaku kemalangan dalam bengkel.
  2. Analisis perkara-perkara yang telah dikenal pasti boleh menyebabkan kemalangan.
  3. Cadangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah yang dihadapi.
Kaedah-kaedah Pemeriksaan Bengkel dan Mesin
  1. Kenal pasti perkara-perkara yang boleh mendatangkan bahaya.
  2. Kenal pasti tindakan-tindakan pembetulan.
  3. Jalankan sebulan sekali.
Tindakan Kecemasan
  • Siapkan nota untuk menyelamatkan diri dsb.
Komunikasi Kecemasan
  • Komunikasi melalui telefon, pelajar-pelajar tahu di mana telefon, nombor-nombor kecemasan dll.
  • Jika telefon dikunci, tahu di mana kunci disimpan.
  • Cara-cara membuat panggilan, nombor-nombor polis, bomba dan lain-lain, dipamerkan agar mudah dirujuk.
  • Menghubungi keluarga.
Tujuan surat-surat arahan sekolah kepada keluarga
  • Memberitahu keluarga akan aktiviti-aktiviti sekolah melibatkan anaknya.
  • Memberikan garis panduan / langkah-langkah keselamatan yang digunakan oleh pihak sekolah.
  • Mendapatkan maklumat kesihatan murid.
  • Mendapatkan maklumat berhubung penjaga, seperti telefon, alamat, doktor, keluarga dsb.

Thursday, December 15, 2011

KESELAMATAN UNTUK PERLINDUNGAN DIRI PELAJAR

Alat Keselamatan Untuk Diri Pelajar

1. Perlindungan mata
  • Gunakan gogel untuk kerja-kerja yang berkaitan seeprti mencanai, menggerudi dan sebagainya.

2. Pakaian
  • Pakai pakaian yang sesuai untuk melakukan kerja-kerja di bengkel atau makmal.

3. Barang perhiasan / barang kemas
  • Sebarang barang perhiasan / barang kemas hendaklah ditanggalkan.

4. Sarung tangan
  • Untuk kerja-kerja kasar yang memungkinkan kecederaan pada tangan, perlu pakai sarung tangan.
  • Untuk kerja-kerja yang melibatkan alatan bergerak seperti mesin, penggunaan sarung tangan tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan kecederaan akibat terseoit / tersangkut.

5. Perlindungan pernafasan
  • Perlu jika udara tercemar seeprti ada asap, habuk dan sebagainya.

6. Cecair mudah terbakar
  • Elakkan dari menggunakannya.

7. Perlindungan elektrik
  • Pakai pakaian / gunakan peraatan bertebat bagi kerja-kerja elektrik.

8. Pelindung telinga
  • Gunakan pelindung telinga sekiranya melakukan kerja-kerja yang menghasilkan bunyi yang kuat.

9. Topi keledar
  • Kerja-kerja yang melibatkan pergerakan mesin / alat yang bertingkat seperti melakukan ekrja-kerja di tapak pembinaan (industri berat)

10. Pelindung tangan
  • Gunakan pelindung tangan / sarung tangan untuk memegang bahan kerja yang panas.

11. Pelindung kaki
  • Gunakan kasut keselamatan berbucu besi (industri berat)

12. Pelindung pakaian
  • Gunakan apron / overall

13. Pelindung penyakit
  • Gunakan sabun anti-bakteria untuk mengelakkan jangkitan kuman.

BAHAGIAN 1 (ALATAN MENUKUL)

Jenis-Jenis Alat Menukul
  1. Tukul Kuku Kambing / Tukul Besi Berkuku
  2. Tukul Besi Warrington
  3. Tukul Besi Kepala atau Bonggol Bulat
  4. Gandin
  5. Pembenam Paku

FUNGSI ALATAN

Tukul Kuku Kambing

  • Mempunyai pemegang yang diperbuat daripada kayu atau besi dan bahagian bongkolnya bengkok dan terbelah.
  • Saiznya ditentukan mengikut berat kepala yang biasanya adalah antara 260 gram hingga 1.2 kg.
  • Saiz lazim antara .5 kg hingga 0.6 kg.
  • Digunakan untuk mengetuk atau mencabut paku.

Tukul Besi Warrington


  • Mempunyai bongkol berbentuk baji yang melintang.
  • Bongkol berbentuk baji ini dapat digunakan untuk mengetuk paku halus yang dipegang di celah jari.
  • Saiz semua jenis tukul ditentukan oleh berat kepalanya.  Saiznya ditentukan mengikut nombor 00 ke 12, saiz 2/3, beratnya ialah 0.4 kg adalah merupakan saiz tukul yang sesuai untuk kerja-kerja am.
  • Bongkol ini berfungsi untuk menukul paku yang kecil seperti paku panel serta menekan kayu hiasan dan venir ke tempatnya semasa di gam dan bahagian untuk mengetuk paku pada bahagian tepi perabot yang sempit.


Gandin



  • Digunakan untuk memahat dan memasang atau menanggalkan tanggam.
  • Kepala gandin berbentuk kayu silinder atau segi empat.
  • Gandin diperbuat daripada kayu keras.

Pembenam Paku




  • Digunakan untuk mengetuk / membenam paku pada permukaan.
  • Caranya ialah dengan meletakkan mata pembenam paku pada kepala paku dan benamlan sehingga tidak meninggalkan kesan.

CARA PENGGUNAAN ALATAN MENUKUL

~Cara penggunaan penukul~

SOALAN BAHAGIAN 1

Soalan 1
Nyatakan nama serta fungsi alatan di bawah.



Soalan 2
Terangkan kegunaan peralatan di bawah dengan betul.




Soalan 3
Terangkan fungsi gandin kayu.

Soalan 4
Terangkan perbezaan antara Tukul Besi Warrington dan Tukul Besi Kuku Kambing.

Soalan 5
Dengan bantuan lakaran gambar rajah, tunjukkan bagaimana kaedah penggunaan pembenam paku.

Sila tuliskan jawapan anda pada ruangan komen di bawah atau hantar melalui email.   Untuk semakan jawapan sila klik pada page 'Jawapan'.
Terima Kasih.


SELAMAT MENJAWAB ^_^

BAHAGIAN 2 (ALAT MEMUTAR)

Jenis-Jenis Alat Memutar
  1. Pemutar Skru Jenis Alur dan Pemutar Skru Philip
  2. Gerudi Tangan, Gerudi Engkol, Gerudi Elektrik
  3. Senggerek




Wednesday, December 14, 2011

FUNGSI ALATAN

Pemutar Skru Jenis Alur dan Jenis Philip
  • Digunakan untuk memasang / menanggalkan skru.
  • Matanya diperbuat daripada keluli aloi bentuk bulat dan hujung sama ada kepala / Philip.
  • Panjang mata ialah antara 75 mm-30 mm.
  • Pemegangnya pula diperbuat daripada kayu / plastik.
Gerudi

  • Terdiri dariapda gerudi tangan, gerudi engkol serta gerudi elektrik.
  • Kegunaan gerudi ialah untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan skru. 
  • Terdapat beberapa jenis mata gerudi iaitu :
  1. Mata tengah
  2. Mata terlaras
  3. Mata paku
  4. Mata pulas
  5. Mata Froester
  6. Mata pelubang benam

Gerudi Tangan
  • Digunakan untuk membuat lubang yang berdiameter kurang daripada 8 mm.
  • Bahagian utama gerudi ini ialah hulu pemegang tepi, tangkai engkol, piring gear, pinion, bindu, dan rahang.
  • Gerudi tangan ini digunakan bersama mata gerudi pintal.
  • Saiz mata gerudi pintal ialah .4 mm - 12.5 mm.
  • Ia boleh membuat lubang pada kayu dan logam.
  • Semasa menggerudi, mata gerudi hendaklah diletakkan minyak supaya ia tidak haus.

Gerudi Engkol

  • Digunakan untuk menebuk lubang pada kayu.
  • Saiznya ditentukan oleh ayunan pemegangnya.
  • Bahagian utamanya ialah kepala, pemegang, rangka, cincin sesondol, gear sehala, bindu, dan rahang.
  • Gerudi engkol digunakan bersama mata gerimit.
  • Saiz mata gerimit adalah lebih besar jika dibandingkan dengan saiz mata gerudi pintal.
  • Gerudi engkol tidak boleh digunakan untuk membuat lubang logam.

Gerudi Elektrik

  • Memudahkan kerja-kerja membuat lubang atau pemasangan skru.
  • Mempunyai 2 kaedah iaitu menggerudi secara menegak atau mendatar.

Bahagian dan Fungsi Gerudi
Penutup
Melindungi tali sawat dan takal.
Suis
Menghidupkan dan mematikan motor.
Bindu
Memutar mata gerudi.
Mata gerudi
Membuat lubang pada kayu dan logam.
Tuas pemasuk
Menurunkan dan menaikkan bindu.
Motor
Untuk memutar bindu.
Ragum gerudi
Memegang objek ketika menggerudi.



Senggerek
  • Digunakan untuk membuat lubang kecil pada kayu.
  • Untuk membuat lubang, pusingkan mata senggerek ke kanan dan ke kiri sambil menekan.



 

CARA PENGGUNAAN ALATAN MEMUTAR

~Cara penggunaan mesin gerudi elektrik~

SOALAN BAHAGIAN 2

Soalan 1
Nyatakan fungsi gerudi engkol.

Soalan 2
Nyatakan fungsi bindu, mata gerudi, tuas pemasuk dan juga pengunci bindu yang terdapat pada gerudi.


Soalan 3
Apakah 2 kaedah yang dapat digunakan ketika menggendalikan gerudi elektrik?

Soalan 4
Nyatakan 2 jenis pemutar skru yang lazim digunakan.

Soalan 5
Dengan bantuan gambar rajah di bawah terangkan cara penggunaan senggerek dengan betul.



Sila tuliskan anda jawapan anda pada ruangan komen di bawah atau hantar melalui email. Semakan jawapan sila klik pada page 'Jawapan'. 

SELAMAT MENJAWAB ^_^