Jawapan Latihan 1

Semakan jawapan.  DILARANG MENIPU. Jujurlah pada ilmu.

Bahagian 1
Soalan 1
Jawapan
Fungsi pembenam paku adalah untuk menekan paku masuk ke dalam bahagian kayu supaya kelihatan lebih kemas.

Soalan 2
Jawapan
Fungsi Tukul Kuku Kambing adalah untuk mengetuk atau mencabut paku.
Bongkolnya yang terbelah mempuyai kelebihan untuk mencabut paku sekiranya berlaku kesilapan ketika memaku.

Soalan 3
Jawapan
Gandin kayu berfungsi untuk memahat, memasang serta menanggalkan tanggam.

Soalan 4
Jawapan
Perbezaan antara Tukul Besi Warrington dengan Tukul Kuku Kambing
Tukul Besi Warrington 
Tidak boleh digunakan untuk mencabut paku.
Bongkol berbentuk baji yang melintang.
Digunakan untuk mengetuk paku halus yang dipegang di celah jari.

Tukul Kuku Kambing
Digunakan untuk mengetuk atau mencabut paku.
Mempunyai bongkol yang terbelah yang berfungsi untuk mencabut paku.

Soalan 5
Jawapan
Kaedah penggunaan pembenam paku ialah dengan meletakkan hujung mata pembenam pada permukaan kepala paku dan diketuk supaya tidak meninggalkan kesan.  Tujuannya adalah agar bahan kerja / bahan projek lebih kemas.